Friday 27 June 2014

Resepi Udang Butter Prawn Basah


RESEPI UDANG BUTTER PRAWN BASAH



            Resepi Udang Butter prawn basah merupakan satu resepi yang agak baru di Malaysia yang menggabungkan bahan-bahan atau rempah Melayu, Cina dan India serta Barat. Selain daripada udang, bahan utama hidangan ini ialah daun kari. Daun kari sangat aromatik dalam alam semula jadi. Daun kari digunakan secara meluas dalam masakan selatan India dan masakan Malaysia. Aroma eksotik ini bergabung bersama susu dan kari.          


Bahan-bahan untuk Resepi Butter Prawn Basah


·         500gm udang (dibuang kepala)

·         4 butir telur (diambil kuningnya)

·         100gm butter (unsalt / salt)

·         1 sudu serbuk kunyit

·         4 ulas bawang putih (tumbuk/ kisar/ hiris)

·         6 biji cili padi

·         3 dahan daun kari

·         Serbuk kari

·         5 sudu susu cair

·         Garam dan gula secukupnya

·         4 sudu minyak masak


Cara-cara Memasak / Resepi Butter Prawn Basah


1.      Basuh udang dan buang kepalanya dan ekor tajamnya.

2.      Jangan buang kesemua ekornya. Hanya buang satu ekor tajam di belakangnya.

3.      Asingkan kuning telur dan pukul telur perlahan-lahan dan jangan terlalu lama.

4.      Tumbuk atau cincang halus bawang putih dan cili padi.

5.      Lurutkan daun kari daripada dahannya.

6.      Serbuk kari hanyalah sekadar pilihan. Anda boleh meletakkan serbuk kari untuk menambah kelazatan butter prawn anda.

7.      Panaskan kuali dan masukkan butter.

8.      Gunakan api yang sederhana sehingga butter cair.

9.      Tuangkan kuning telur ke dalam kuali. Tuangkan pada jarak yang tinggi dan tuang sedikit demi sedikit secara berterusan.

10.  Sementara anda menuang, anda perlu kacau butter secara berterusan dan tanpa henti.

11.  Berhenti mengacau selepas semua kuning telur dituangkan ke dalam kuali.

12.  Anda perlu mengacau secara membulat iaitu seperti membuat putaran.

13.  Masukkan satu sudu serbuk kunyit ke dalam kuali. Kacau rata.

14.  Selepas telur tersebut kelihatan berwarna kuning keemasa, matikan api dan angkan menggunakan penapis besi.

15.  Anda hanya perlu mengambil telur sahaja. Lebihan butter yang tinggal tidak diperlukan lagi.

16.  Sementara itu, panaskan kuali lain dan masukkan empat sudu minyak masak.

17.  Masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.

18.  Masukkan satu sudu serbuk kari daging dan sedikit air. Masak sehingga naik minyak.

19.  Masukkan pula lima sudu susu cair. Anda boleh memasukkan lebih susu cair sekiranya mahukan butter prawn anda lebih basah.

20.  Kemudian, masukkan udang yang telah dicuci sebentar tadi. Gaulkan rata.

21.  Selepas semua rempah rata menyaluti udang, matikan api dan angkat udang tersebut.

22.  Letakkan kuning telur di atas pinggan.

23.  Kemudian, letakkan udang di atasnya. Anda boleh menaburkan lebihan kuning telur di atasnya.

24.  Hiaskan udang mengikut kreativiti anda.